Skip to main content

KENAPA PENULISAN?

Bismillah.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, aku memulakan penulisan ku hari ini.

Sebenarnya blog ni bermula tahun 2022 lagi. Lawak juga rasanya bila baca semula apa yang ditulis. Lama niat, hajat nak menulis, sebab rasanya dengan menulis, aku jumpa kepuasan. 
Lama aku fikir, kalau nak tulis, apa yang aku nak sampaikan sebenarnya, siapa pembaca yang aku sasarkan?
Penulisan ini mungkin akan banyak kekurangan dan celanya, namun, izinkan aku untuk terus menulis setiap apa yang aku rasa aku mahu kongsikan. 
Akhirnya, aku percaya bahawa penulisan ini akan menemui pembacanya. :)

Untuk kamu, siapa saja, yang sedang membaca, 
Terima kasih atas sokongan dan masa yang diluangkan.


"Haha, nanti mula la tu dia update dekat status dengan ayat-ayat dia"

*nada mentertawakan*

Sejak ayat ini, aku jadi takut dan segan nak menulis, aku rasa aku di'judge'. Orang tak suka penulisan aku, orang tengok macam 'cliche'. Drama ja menulis gitu. Aku taktahu apa yang aku tulis kadang-kadang. Tulis dengan spontan, ayat terus datang masa tu dan automatik tangan laju menaip. 

"Tulis la lagi, suka baca"
"Selalu ternanti update hang tau"
"Jangan berhenti update"
"Aku banyak belajar juga dari penulisan hang, mungkin hang taktau"

Dengan ayat-ayat ini juga, menjadi dorongan serta tanda sokongan manusia hebat pada diri untuk aku terus majukan diri melalui penulisan.

Entahla, banyak-banyak benda, aku rasa aku mampu menulis ja haha. Banyak aku nak cerita, nak kongsi... Mudah-mudahan, hari ini menjadi 'turning point' aku untuk jadi lebih baik, 'hidup' setiap hari agar sentiasa ingat bahawa hidup tiada makna, tanpa kita yang memaknainya sendiri. 

NH 
13 September 2025
Balik Pulau, Penang, MY.

Comments